SUMBANGAN PIBG

PIBG SK LKTP Bukit Goh telah banyak memberikan sumbangan kepada pihak sekolah sepanjang sesi persekolahan pada setiap tahun. Berikut disenaraikan sumbangan-sumbangan yang telah diberikan oleh pihak PIBG mengikut bulan sepanjang tahun 2012:

Januari
1. Menaiktaraf bahagian-bahagian tertentu kantin sekolah.
2. Megubahsuai bilik muzik lama kepada kelas pembelajaran iaitu kelas 3 USM.
3. Sumbangan kewangan sempena program permuafakatan ibu bapa / penjaga tahun 6 2012.
4. Menaiktaraf Pusat Sumber Sekolah.

Februari
1. Sumbangan kewangan kepada Badan Disiplin Sekolah untuk membeli vest dan tali leher pengawas.
2. Membeli rostrum untuk digunapakai oleh pihak sekolah semasa memberi ucapan.
3. Sumbangan kewangan untuk jamuan makan bagi aktiviti LADAP sempena Hari Profesionalisme Guru.
4. Menaiktaraf Bilik Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah di bangunan baru.

Mac
1. Sumbangan kewangan untuk aktiviti Kursus Kepimpinan Ketua Pengawas, Pengawas Sekolah, Ketua  
    Kelas dan Penolong Ketua Kelas.
2. Sumbangan kewangan untuk Majlis Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-36.
3. Sumbangan kewangan untuk membeli hadiah perkahwinan dan pertukaran guru sekolah ini.
4. Sumbangan kewangan sempena majlis Sambutan Maulidur Rasul.
5. Membayar upah menebang pokok di kawasan sekolah.
6. Sumbangan kewangan untuk Program PIBG Penyayang.
7. Sumbangan Baju Batik 1Malaysia untuk semua guru dan AJK PIBG.
8. Sumbangan kewangan untuk membeli Pakaian Nasyid Pasukan Sekolah.
9. Menaiktaraf Bilik Guru.
10. Membeli peralatan Siaraya Sekolah.
11. Sumbangan kewangan untuk membeli signboard / papan tanda /papan kenyataan di laluan gajah
       menyusur.
12. Membeli kertas dan dakwat (ink) untuk keperluan ke arah pendokumentasian PIBG.
13. Membeli seunit Kamera PIBG untuk keperluan pihak sekolah merakamkan segala aktiviti yang
      dilaksanakan.
14. Memberi sumbangan kewangan untuk membeli 2 unit komputer pejabat serta perkakasannya.
15. Sumbangan kewangan untuk membaik pulih dan menambahkan keceriaan Bilik Pengurusan Akademik.
16. Sumbangan kewangan untuk membeli hadiah penceramah dan cenderahati untuk program yang
      dilaksanakan.
17. Membeli 1 unit laptop untuk kegunaan Setiausaha PIBG.

APRIL
1. Tiada sebarang sumbangan .

MEI
1. Sumbangan sempena Majlis Sambutan Hari Guru.

JUN
1. Sumbangan Baju Sukan dan topi kepada semua warga SKBG dan AJK PIBG.
2. Sumbangan kewangan untuk membeli vest Ketua Kelas.
3. Sumbangan makan kepada murid untuk Kelas Tambahan yang diadakan semasa cuti sekolah.
4. Sumbangan kewangan untuk menyiapkan 2 Pondok Bacaan.
5. Sumbangan kewangan sempena Kejohanan Sukan Tahunan Kali ke-25.
6. Sumbangan kewangan untuk ProgramKem Gilap Cemerlang.
7. Sumbangan membeli kurma.
8. Sumbangan 2 pondok bacaan berdekatan pintu masuk utama sekolah.
9. Sumbangan kewangan untuk Program Kem Gilap Cemerlang UPSR 2012.

JULAI
1. Sumbangan kewangan untuk Program Anakku Sayang UPSR.
2. Sumbangan kewangan untuk Program PBS.
3. Sumbangan kewangan untuk Program 1Murid 1Sukan.
4. Membeli 1 unit komputer untuk kegunaan Penolong Setiausaha PIBG.
5. Membeli 2 unit penapis air Coway untuk kegunaan di pejabat dan Bilik Kaunseling.
6. Membuat pembayaran kali pertama bagi pembelian kertas A4 untuk kegunaan sekolah.

OGOS
1. Membeli 1 unit penapis air Coway untuk kegunaan di Dewan Seri Perdana.
2. Membeli 1 unit laptop dan 1 unit printer untuk kegunaan YDP.
3. Membuat pembayaran kali kedua bagi pembelian kertas A4 untuk kegunaan sekolah.
4. Sumbangan kewangan untuk Majlis Berbuka Puasa.
5. Pembelian 1 set komputer untuk kegunaan GPK HEM.

SEPTEMBER
1. Sumbangan kewangan untuk Program Pecutan Akhir UPSR.
2. Sumbangan kewangan untuk Program Motivasi UPSR.
3. Sumbangan kewangan untuk Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri.
4. Pembelian skrin layar putih untuk kegunaan di Dewan Seri Perdana.
5. Pembelian 1 unit komputer untuk kegunaan Guru Besar.



0 comments:

Catat Ulasan

Catatan Popular