Selasa, 29 Mei 2012

Kelas Tambahan Tahun 6 Semasa Cuti Sekolah

Cuti persekolahan selama 2 minggu telah pun bermula. Ucapan tahniah ingin disampaikan khusus kepada murid-murid tahun 6 yang dapat hadir ke sekolah bagi mengikuti kelas tambahan yang telah dijadualkan berlangsung selama 4 hari bermula 26/05/2012 (Sabtu) sehingga 29/05/2012 (Selasa) semasa cuti persekolahan baru bermula. Diharapkan agar murid-murid tahun 6 memanfaatkan sepenuhnya sesi pembelajaran yang berlangsung. Kelas tambahan ini melibatkan 4 subjek teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Terima kasih juga di atas kepercayaan dan sokongan daripada pihak ibu bapa yang membenarkan anak-anak mereka untuk hadir ke sekolah semasa cuti.
Sekian, terima kasih.

Sabtu, 26 Mei 2012

Kelas Tambahan LINUS Semasa Cuti Sekolah

Semasa cuti persekolahan baru-baru ini, pihak sekolah juga telah mengadakan Kelas Tambahan khusus kepada murid-murid tahun 1, 2 dan 3 yang tidak melepasi saringan LINUS di mana ujian saringan ini telah diadakan pada bulan Mac yang lalu. LINUS adalah singkatan bagi Literasi dan Numerasi. Seramai 63 orang murid tahun 1 yang terlibat, 3 orang murid tahun 2 dan 4 orang murid tahun 3. Jumlah kesemuanya adalah 70 orang. Kelas tambahan ini dijayakan oleh semua guru SKBG yang tidak terlibat dengan kelas Tambahan tahun 6. Ia diadakan serentak dengan Kelas tambahan tahun 6 iaitu bermula 26/05/2012 (Sabtu) dan berakhir pada 29/05/2012 (Selasa). Semoga dengan sokongan ibu bapa dapat memberi semangat kepada guru-guru SKBG untuk terus mencurah ilmu kepada anak-anak didik mereka. Sekian.

Ahad, 20 Mei 2012

Skim Tuisyen PIBG (STP)




Kelas tuisyen ini melibatkan murid-murid tahun 6 UKM, 6 UPM dan 6 USM. Kelas ini akan dilaksanakan bermula 21/05/2012 sehingga bulan September sebelum murid-murid menduduki peperiksaan UPSR sebenar. Program ini adalah inisiatif PIBG bagi membantu murid-murid yang tidak terlibat dengan Skim Tuisyen Felda (STF). Kelas akan dilaksanakan pada sebelah malam, walaubagaimanapun tertakluk kepada sebarang pindaan waktu oleh guru yang mengajar. Besarlah harapan PIBG agar STP ini dapat membantu menyumbang ke arah kecemerlangan murid di dalam UPSR 2012 nanti. Sekian, terima kasih.

Khamis, 17 Mei 2012

Solat Hajat Sempena Hari Guru






Majlis Solat Hajat ini diadakan di blok baru iaitu di USIM dan UIA. Terima kasih kepada semua tetamu yang hadir. Turut dialu-alukan AJK PIBG yang turut serta tanpa jemu menyokong semua aktiviti yang telah direncanakan pihak sekolah. Semoga majlis kita pada malam ini mendapat keberkatan dari ALLAH yang Maha Esa. Sesungguhnya makanan rohani seperti ini akan menjadi benteng kepada segala permasalahan yang wujud pada hari ini. Semoga majlis seperti ini dapat diadakan lebih kerap lagi pada masa akan datang. Sekian, terima kasih.

Rabu, 16 Mei 2012

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah






Tema Hari Guru pada tahun ini ialah "Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara". Sambutan Hari Guru pada tahun ini disambut dengan meriah sekali. Pelbagai aktiviti guru dan juga murid turut dipersembahkan sebagai tatapan para hadirin yang hadir. Terima kasih diucapkan kepada AJK PIBG yang turut hadir memberikan sokongan sepanjang majlis ini diadakan. Jutaan terima kasih kepada YDP yang memberikan sumbangan banner kepada pihak sekolah. Diharapkan agar majlis sebegini dapat menaikkan lagi semangat guru-guru untuk bergelar seorang pendidik

Isnin, 7 Mei 2012

English Week 2012

Panitia Bahasa Inggeris telah membuat keputusan untuk mengadakan minggu Bahasa Inggeris selama 2 minggu berturut-turut. Tahniah kepada Ketua Panitia Bahasa Inggeris, Pn Suryani bt Mohamed Yunus dan guru-guru Bahasa Inggeris yang lain. Pelbagai aktiviti yang dipertandingkan :

Tahun 1 dan 2 : Action Song
Tahun 3 dan 4 : Reading Competition
Tahun 5 dan 6 : Writing Competition

Di samping itu juga, disediakan Newsletter sebagai bahan bacaan tambahan mengikut Tahap 1 dan Tahap 2.
Program ini melibatkan semua guru Bahasa Inggeris yang mengajar Tahun 1 hingga 6. Semoga murid memanfaatkan peluang ini untuk merebut hadiah yang disediakan. Sekian, terima kasih.

Khamis, 3 Mei 2012

Mesyuarat Kali Kedua AJK PIBG 2012-2014

Mesyuarat AJK PIBG kali ke-2 ini telah diadakan di Makmal Komputer sekolah. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh YDP PIBG pada kali ini membincangkan beberapa agenda penting seperti berikut :

a) Ucapan Pengerusi
b) Ucapan Penasihat
c) Kelas TambahanTahun 6
d) Hal-hal lain.

Mesyuarat berjalan dengan lancar sehingga ditangguhkan pada jam 6:00 petang. Semua AJK yang hadir dijemput menjamu selera.





Rabu, 2 Mei 2012

Program Buah Hatiku Sayang (Program LINUS)

Program ini melibatkan semua murid LINUS dari tahun 1, 2 dan 3 yang tidak melepasi Ujian Saringan masing-masing yang telah diadakan sekitar bulan April yang lalu. Setelah melalui Ujian saringan tersebut, didapati seramai 70 orang murid tidak melepasi syarat yang dikehendaki , maka murid-murid inilah telah diberi perhatian khusus oleh guru-guru tahun 1, 2 dan 3 untuk mengikuti program ini selama 3 bulan yang akan berakhir pada 17/07/2012. Perlaksanaan program ini ialah pada setiap hari Isnin dan Selasa jam 1-1:30 petang.

Catatan Popular