Isnin, 30 Januari 2012

Program Muridku Sayang

Program ini merupakan program yang dianjurkan di bawah Panitia Agama Islam. Program yang telah dimulakan dari Disember 2011 dijangka akan berakhir pada April 2012 ini. Tujuan utama program ini adalah untuk mendekati murid-murid yang bermasalah dan cuba untuk memahami serta menyelesaikan masalah dihadapi oleh mereka. Seramai 26 murid telah dipilih untuk menjadi mentee kepada 13 orang mentor yang terdiri daripada guru-guru pendidikan Islam dan JQAF. Semoga program sebegini dapat diteruskan lagi di masa-masa akan datang.

Jumaat, 20 Januari 2012

Majlis Permuafakatan ibu bapa/penjaga Tahun 6

Program ini dilaksanakan pada 20 Januari 2012 di Dewan Imtiaz bermula jam 8:30 pagi. Objektif program ini adalah untuk mewujudkan percambahan fikiran dan berkongsi idea serta motivasi di kalangan ibu bapa dan guru demi kecemerlangan UPSR. Di samping itu juga, program sebegini mampu mengeratkan hubungan silaturrahim antara ibu bapa dan penjaga dengan pihak guru dan sekolah. Kehadiran ibu bapa pada kali ini amat menggalakkan. Ini memberi petunjuk positif ke arah mencapai target kecemerlangan sekolah, daerah dan negeri dalam peperiksaan UPSR nanti. Sekian, terima kasih.

Catatan Popular